"Anda tidak mempelajari tentang diri anda melalai kejayaan anda. Tetapi anda mempelajarinya melalui kegagalan dan kesilapan anda". kerana anda seorang yang Berani Gagal!!!
Wednesday, 14 March 2012
Seorang Lelaki Bercerita Tentang C.I.N.T.A
CINTA . . . merupakan satu perkara yang wujud dalam diri setiap insan yang digelar manusia .
Cinta ini merupakan satu fitrah bagi manusia , tanpa cinta seseorang itu hidup tanpa ada arah tujunya.
Cinta ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu cinta pada Tuhan, cinta pada manusia dan cinta pada makhluk.
Cinta pada Tuhan ini bermaksud seseorang insan itu mencintai Sang Pencipta, tanpa ada perasaan cinta pada Allah, seseorang itu tidak mempunyai sebarang pegangan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh sebab itu, Islam amat menekankan akan soal Rukun Iman dan Rukun Islam. Dalam konteks cinta pada Ilahi ini dapat melahirkan insan yang soleh dan solehah. Buktinya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh tauladan yang terbaik bagi semua umat islam sehingga akhir zaman, di sini saya ingin membuktikan apa maksud saya yang sebenar iaitu umat islam wajib berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah supaya tidak sesat dengan kehidupan di dunia yang fana. Oleh yang demikian, cinta pada Allah sebenarnya diletakkan di atas sekali yang melebihi segala-galanya .
Cinta pada Manusia ini bermaksud seseorang itu mencintai orang lain yang muhrin atau bukan muhrin, dalam konteks muhrin seseorang itu mencintai ahli keluarganya, Cinta pada ahli keluarga boleh di bawa ke syurga Allah, tetapi setiap insan perlu meletakkan cinta pada junjungan besar Nabi Muhammad melebihi cinta pada manusia yang lain. Cinta pada bukan muhrin iaitu cinta pada guru-guru,kawan-kawan dan orang sekeliling. Cinta pada bukan muhrin ini tidak dilarang dalam islam, tetapi ada batasannya, cinta pada guru memyebabkan kita sayang pada guru kita, secara tidak langsung kita menghormati guru kita, cinta pada kawan boleh membawa kita kepada keakraban persahabatan. tetapi cinta pada berlainan jantina ada ulamak mengatakan diharuskan dan ada yang mengatakan haram, terletak pada situasi masing-masing. Cinta pada berlainan jantina itu harus apabila seorang lelaki dan seorang wanita itu mempunyai niat untuk berkahwin, mereka ini merancang untuk membina istana bersama-sama. Tetapi bagi cinta berlainan jantina haram apabila seseorang lelaki dan seseorang wanita bercinta atas dasar ingin memenuhi hawa nasfu dan bercintai sekadar ingin memenuhi masa lapang bersama-sama tanpa merasa bersalah. Buktinya ramai pemuda pemudi yang berpegang tangan, menbonceng motosikal bersama, berdating, bercumbuan, berpeleseran dan perbuatan mungkar ya ng ditegah dalam islam. Mereka telah menyalahgunakan perkataan CINTA itu untuk menghalalkan sesuatu yang haram "jangan samakan yang hak dengan yang batil". Islam melandaskan beberapa syarat untuk mencintai seseorang yang berlainan jantina, oleh itu sebagai seorang mukmin yang sejati perlu peka akan apa yang disarankan oleh agama islam.
Cinta pada makhluk iaitu seseorang itu cinta pada alam semulajadi,haiwan dan tumbuhan. Cinta pada makhluk ini dapat melahirkan perasaan balas ehsan terhadap makhluk ciptaan Allah. selain itu, kita dapat mensyukuri nikmat Allah jadikan alam semulajadi ini pada manusia. Hal ini kerana, manusia diciptakan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, manusia diharamkan melakukan kerosakan di muka bumi ini.
Cinta ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi iaitu mencintai Allah, mencintai Rasulullah, mencintai kedua ibu bapa, mencintai adik- beradik, guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat . Cinta yang paling manis dalam hidup kita ialah cinta selepas kahwin. Cinta ini sukar untuk ditemui sekarang ini. Hal ini kerana, remaja-remaja sekarang ini lebih cenderung untuk bercinta sebelum kahwin. Mereka telah kehilangan nikmat bercinta bersama pasangan yang halal bagi mereka gara-gara telahg meluahkan perkataan "CINTA" pada seorang wanita yang haram baginya sebelum berkahwin. . . . . .. ..
cerita ini hanyalah sekadar bingkisan sahaja. segala salah silap harap diampunkan. yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri .... .... . . . . . .muhammad faiq mazlan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment