Janganlah menyalahkan diri sendiri jikalau anda telah menbuat keputusan yang salah - belajarlah daripadanya. Kebanyakan masa kita membuat keputusan yang ketika itu kita rasakan betul dan jikalau ia akhirnya terbukti salah itu tidak mengapa, janganlah menyalahkan diri kerananya. Kita tidak boleh mengelakkan hakikat bahawa kita mungkin menbuat keputusan betul untuk membetulkan segala-galanya. Oleh itu, marilah kita kembali kepada ALLAH YANG MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG agar kita dapat redar apa yang telah berlaku semua ini adalah kehendak ILAHI . . . . . . .
Oleh itu, ingin saya berkongsi sebuah cerita menarik yang telah saya petik dalam sebuah buku bertajuk BERANI GAGAL. . . . .
Pada suatu masa ada seorang lelaki yang alim lagi soleh yang tinggal di sebuah kampung. Suatu hari seorang gadis kampung telah mengandung hasil perhubungannya dengan teman lelakinya. Oleh itu, kerana takut untuk mendedahkan perbuatan teman lelakinya beliau telah menyalahkan si alim itu apabila ditanya siapa yang bertanggungjawab. Apa? Seorang lelaki Alim yang membuatkan beliau mengandung? Keesokan harinya seluruh penduduk kampung datang dan menunding jari kepada si alim itu. Antara kata-kata mereka ialah : "Bagaimanakah kamu boleh melakukannya?" "Kamu lelaki alim yang keji!" "kamu pembawa aib!" "nyah kamu dari kampung ini!" " sudah lama aku rasakan kamu seorang yang berpura-pura!"
Setelah mendengarkan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, si alim itu berkata, "Oh, begitukah?", dan kemudiannya berundur masuk kembali untuk bertasbih di dalam pondoknya. Beberapa bulan kemudian akhirnya si gadis itu pun melahirkan anaknya. Kerana terpaksa mencari seorang bapa kepada anak itu, ibu bapa gadis itu dan penduduk kampung sekali lagi pergi ke pondok rahib itu dan mendekatinya dan berkata, "Kamu yang bertanggungjawab, maka kamulah yang seharusnya memelihara anak ini," " kamu hendaklah menjadi bapanya, kalau tidak. . . . . .. " Sekali lagi lelaki alim itu menjawab, "Oh, begitukah?", dan menatang bayi itu dan kembali bersamanya ke dalam pondoknya.
Menjelang waktu itu, si alim itu telah kehilangan nama sebagai jejaka hebat, yang tidaklah begitu merisaukannya sangat, tetapi beliau menjaga anak itu dengan sangat baik sekali. Beliau mendapatkan susu daripada jiran-jirannya dan segala bahan lain yang diperlukan oleh si kecil itu.
Selepas kira-kira setahun lamanya, setelah merasa begitu malu kerana rasa bersalah serta diiringi perasaan rindu terhadap anaknya, si gadis tadi akhirnya menceritakan kisah sebenarnya kepada kedua orang tuanya. Apabila seluruh penduduk kampung tahu perkara yang sebenarnya. Bayangkanlah perasaan malu yang mereka rasakan. Lalu mereka semua pun berkumpul dan menghampiri si alim itu untuk menyampaikan rasa kesal kepada beliau dan memohon maaf daripadanya. Sekali lagi si alim berkata, "Oh, begitukah?" dan terus memulangkan si anak kecil itu kepada ibunya.
Saya telah sentiasa mempercayai bahawa jikalau anda benar, seribu malaikat bersumpah mengatakan anda salah pun tidak menjadi hal; tetapu jikalau anda salah, sepuluh ribu malaikat bersumpah mengatakan anda benar pun tidak akan menghasilkan sebarang perbezaan. Bak kata pepatah Melayu, "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH".


No comments:
Post a Comment