Alkisah maka tersebutlah pada suatu masa ada seorang lelaki tua yang bijaksana yang tinggal di puncak sebuah gunung (tidak kutahu mengapa tetapi memang menjadi lazimnya bahawa seorang lelaki tua yang bijaksana sepertinya semestinya tinggal di puncak sebuah gunung). Setiap kali penduduk kampung mempunyai sesuatu masalah, mereka akan mendaki gunung itu dan meminta nasihat daripada orang tua tersebut.
Suatu hari seorang pemuda yang bolehlah dikatakan berjaya mengikut ukuran waktu itu memutuskan untuk mendaki gunung itu dan bertanya kepada orang tua itu suatu soalan.
"Wahai datuk yang bijaksana", tanya beliau. "Apakah yang membuatkan seseorang itu sebenar-benarnya unggul?"
Si orang tua itu merenungnya seketika lalu menjawab, "Adakah kamu benar-benar ingin tahu?". "Ya, ya", jawab si pemuda .
"Baiklah," kata si orang tua. "Benarkanlah aku beritahu kamu melalui sebuah cerita."
"Alkisah maka tersebutlah pada masa ada seorang berbangsa Greek yang mengidap suatu penyakit yang boleh menbawa maut. Oleh kerana beliau mengetahui yang beliau akan mati dalam sedikit masa sahaja lagi, beliau menjadi orang yang pertama sekali menyertai angkatan tentera apabila negaranya berperang dengan musuh. Dengan harapan untuk mati di medan perang, beliau lalu berjuang, berjuang dan terus berjuang, mendedahkan dirinya kepada bahaya di berisan hadapan tanpa mengendahkan langsung nyawa sendiri. Akhirnya, apabila peperangan itu selesai dengan dimenangi oleh negaranya, beliau masih juga hidup lagi!! Panglima beliau yang begitu kagum dengan keberanian beliau yang telah memberi sumbangan besar terhadap kemenangan mereka memutuskan untuk menaikkan pangjat beliau dan menganugerahkannya dengan pingat keberanian dan kehormatan. Di hari penganugerahan, beliau kelihatan murung dan bersedih
sahaja. Kerana kehairanan, si panglima bertanya kepada beliau apakah sebenarnya dan diberitahu bahawa beliau menghidap penyakit yang membawa maut. Bagaimanakah Mungkin Dia Membiarkan Seorang Yang Seberani Itu Mati Begitu Sahaja? Lalu si panglima mendapatkan tabib yang terbaik yang dapat dicarinya untuk mengubati pahlawan tersebut sehingga akhirnya beliau sembuh daripada penyakitnya. Namun demikian, terkemudian dari saat itu, si pahlawan yang dahulunya sebegitu berani tidak lagi kelihatan di barisan hadapan!! Beliau akan berusaha sedaya upaya menjauhkan dirinya daripada bahaya dan berusaha sedaya upayanya untuk melindungi nyawanya dan tidak lagi mempertaruhkannya seperti dahulu!"
"Orang muda, jika kamu ingin menjadi sebenar-benarnya unggul, kamu hendaklah jangan takut
mati, kamu hendaklah jangan takut mati, kamu hendaklah jangan KIA SU (takut kalah/rugi), kamu hendaklah BERANI GAGAL!!!!
dr Muhammad Faiq B Mazlan sumber: Buku Berani Gagal

No comments:
Post a Comment