Wednesday, 10 October 2012

cinta budak agama

Bismillahirrahmanirrahim


Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan. Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya (Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi. Apabila Ustaz tiada di antara Maghrib dan Isyak, dia akan ke hadapan. Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat. Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna, jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan, sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya. Semua orang menghormatinya, baik yang junior mahupun senior, baik yang lelaki mahupun perempuan. Jika ada senior yang tengah membuli junior, jika Naim ada di tempat kejadian, proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan. Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.
Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna. Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya, dia betul-betul menjaga akhlaknya. Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Niatnya hanya satu, supaya Islam itu terpancar dari dirinya. Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya,  tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.

Sudah pasti, ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik, tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu, mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim. Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti, takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati, zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun, hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah, inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak. Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya. Namanya Nisa, Khairun Nisa. Orangnya putih, bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.
“Ana Khairun Nisa, sila beri tunjuk ajar.” Nisa memperkenalkan dirinya.
Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya, Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,” hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun, imannya menampar hatinya. Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar, memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina, zina hati. Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal. Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.
Saat berganti saat, hari berganti hari, Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Subuhnya di surau, Dhuhanya di surau, Zohornya di surau, Asar, Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan, ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya. Ditakdirkan Allah, suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan, maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.
Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha, dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir. Suara perempuan itu sayup-sayup.
“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan, bukanke khalwat..ye la, mane ade orang…aku dan die je..takley, aku mesti bagitau ustaz hal ni, biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.
Tapi 1 tetap kalah kepada 2. Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya. “Kalo aku tak tolong, maybe…em…aku intai dulu la, kalo serius aku tolong segera kalo tak, aku lapor kat ustaz,” akal mula campur tangan.
Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran. Walaupun sakit Nisa tetap menahannya, bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya. Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan. Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke? Patot ke aku tolong? Bley ke aku pegang tangan die? Dosa..” Imannya bersuara.
“Ah, darurat, darurat. Even babi pun boleh makan kalo darurat.” Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.
“Betul juga, ok, aku tolong.” Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.
“Er, Nisa tahan ek, kejap saya tarik pintu almari ni.” Dia memberi arahan kepada Nisa.
“…ok…” Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara, entah dengar, entah tidak.
Pintu almari berjaya dibuka, jari Nisa terlepas dari kepitan almari. Merah bak biji saga jarinya, hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba, Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa. Niatnya hanya satu, ingin melihat keadaan jari Nisa. Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.
“Ya Allah, apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..” Dia berdoa, menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.
Habis sahaja air matanya kering, hatinya diketuk dengan pelbagai soalan. Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya. Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya? Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu, pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang. Dia akan dicemuh dan dihina. Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz. Dia bimbang bercampur keliru.

Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau. Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya, dia masih di dalam bahagian surau wanita. Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya, menipu. Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang. Lagipun dia cam suara itu, itu suara Khairul, teman sebiliknya. Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.
“Eh, Im. Ape ko wat lam surau pompuan tu?” Soal Khairul, kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh, takde ape-ape la. Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.” Jawab Naim.
“Owh, baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni. Insya Allah ko dapat pahala, taknak share ngan aku?” gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya, di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini, rumah kepunyaan Tuan segala tuan.
Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis. Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung. Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam. Khairul membuat andaian sendiri, pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat. Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya. Inilah dia tanda orang beriman, pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya, pasti dia cemburu.

“Eh Im, kelas da nak start. Jom!”Ajak Khairul.
“Ok,”balas Naim.
Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian. Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan. Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada. Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.
Rupa-rupanya, bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal, begitu juga dengan Nisa. Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim. Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang. Baginya, alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi, betul-betul memikat hati suci si gadis ini. Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu. Pantang ditiup angin, pasti dia rebah.
Tangan mula mengambil peranan, diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya. Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup, dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit. Bakinya dibeli sebatang choki-choki, juga sebagai hadiah.
Seperti kebiasaannya, Naim datang ke kelas seawal mungkin. Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan, tanpa menyalin pakaian, dia terus ke kelas. Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat. Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya. Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain. Apabila dia melangkah kaki ke dalam kelas, alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.

Isi suratnya:
Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’
Sambil menghirup air laici dalam kotak itu, dia tersenyum. Dengan mengoyak plastik depan choki-choki, dia membetulkan kerusinya, mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa. Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu, dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya. Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya. Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi. Entah kawannya bagi atau tidak, dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardlah, kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim, Si Budak Agama. Balas dia:

Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.
Naim
Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat. Maka, Naim dan Nisa mula berbalasan surat. Walaupun pada awalnya, kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni, tak salah ke di sisi Islam?”
Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe, kita dating tak pernah. Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah. Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah. Kita niat untuk berkahwin, bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati. Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina. Rasulullah tak kata pun. Lagipun cinta ini fitrah, masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim, namun dek kerana cintanya dia kepada Naim, di ’iya kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.

Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda, lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik. Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa. Anti meragui Quran?”
Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu. Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.

Siqah bukanlah kerja manusia. Pengaruh bukanlah kawalan manusia. Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan. Semuanya hak mutlak Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia, maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu. Jika Dia menghendaki seseorang itu hina, maka hinalah orang itu di atas takhtanya sendiri. Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.
Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid apabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya. Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.
Makin hari, pengaruh Naim semakin jatuh. Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya. Sebab? Tiada. Jelas sekali soal hati, Dia yang punya. Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala. Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah, kini tidak lagi. Pertimbangan akal menjadi semakin kurang, mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya. Siqahnya kian jatuh. Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.
Dia merasakan tekanan semakin bertambah. Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu. Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan. Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat. Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan, kini tidak lagi. Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik. 24 jam baginya tidak cukup. Masa untuk dia belajar, masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa. Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun, pasti tidak mencukupi.
Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu. Kadang-kadang tersenyum seorang diri, kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri. Naim seakan-akan gila. Betul Naim gila, gila bayang. Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya, membuat satu lohong iman di dalam hatinya. Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul,
“kubur lain-lain, syurga lain-lain, neraka pun lain-lain!”
“Betul, sebab lain-lain la aku nak tanya ko. Mane la taw ko ade masalah, bimbang takut di sana pun ko ade masalah.” Ujar Khairul.
“Ko taw kan firman Allah,  kuu anfusakum wa ahli kum naara?” Soal Naim.
“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?” Jawab Khairul.
“Jadi?! Aku ahli keluarga kau ke?!” Marah Naim lagi.
Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim. Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi. Namun, atas dasar silatur rahmi kerana Allah, dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya. Walaubagaimanapun, Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam. Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz, saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.” Bagitahu Khairul.
Ma?” Soal Ustaz balik.
“Ustaz, saya bimbang dengan Naim, teman sebilik saya. Perangainya seperti sudah berubah. Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..” Terang Khairul.
“Na’am, ana pun perasan perubahan pada Naim. Dia dah bukan macam dia yang dulu. Banyak perubahannya.” Tambah Ustaz.
“Saya rasa, ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa, ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?” Soal Khairul.
“Dalam Islam, mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus. Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus apabila diperlukan. Dan dalam keadaan ni, hukumnya harus.” Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu. Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim. Namun, apabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang, dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa-rupanya, surat-surat yang dihantar oleh Nisa’, selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat. Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi, daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’. Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.
Khairul tidak salah lagi, surat itu kepunyaan Naim. Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar, Khairul menangis. Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu, bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim. Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib. Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.

Dari luar surau, kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau. Tanpa berfikir tentang benda lain, Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu. Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang, dia berlari ke arah Khairul. Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah, jangan berlari-lari di atasnya. Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah, katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung. Entah benar, entah tidak.
Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.
“Woi, ape ko buat ni?!!!” Marah Naim.
“Woi? Mana pergi bahasa mu wahai kawan? Mana pergi sopan santun mu wahai kawan? Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?” Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir. Naim terdiam.

“Rupanya, inilah masalah mu wahai kawan. Tiada ku sangka dirimu sedemikian, wahai kawan. Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini. Kini kau sirna wahai kawan, kau mutiara yang kian sirna!” Marah Khairul.
“Ah, kau peduli ape!” Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya, kau couple Im?” Soal Khairul.
“Aku couple ke, aku tak couple ke, tu soal aku la. Dosa biar aku tanggung sendiri! Jangan risau la, aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!” Lantang sungguh Naim berbicara. Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.

Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan. Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.

Semasa mereka bekelahi sebentar tadi, mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja. 3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Malang si Naim. 3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya. Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya. Ke mana sahaja Naim pergi, pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi, mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat. Bertambah malang bagi Naim, dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran. Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh, dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya, Nisa.
Khairul, si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.
“Im, senanye..Sume orang da taw ko couple..” Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!” Terkejut Naim. Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!” Soal Naim.
“Eh, tak..Aku pun tak taw macamana bley..”
“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat! Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!” Naim memotong dengan lajunya, melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..”
“Jangan main dengan sumpah! Berani sebut nama Allah dalam wat dosa, dasar…”Sekali lagi Naim memotong, laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau, aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?! Musuh?!” Naim marah lagi.
“Na’am! Musuh Allah, musuh agama Allah! Ko nasihat orang jangan bercouple, jangan zina hati, jangan itu, jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!

Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam? Ko lupa?! Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan, sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya, pada engkau Naim! Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa. Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas, bilik Naim dan Khairul. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm, memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu. Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari, hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas. Berbeza pula dengan pelajar junior, mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur, bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal. Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula. Tidak, dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi. Jika dia terus begini, tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’. Tiada lagi kesetiaan, tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka. Apa yang ada hanya lakonan. Buah di luar, duri di dalam.

Dikuatkan hati, diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal. Semalaman dia tidak lena, pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya. Akibatnya, dia tertidur di dalam kelas.

“Naim, bangun!” Arah Cikgu Marlina, cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.
Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.
“Apa dah jadi dengan awak ni? Dalam kelas tidur, luar kelas bercinta!” Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim, dia merasa tersangat malu. Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis, najis manusia, manusia yang bernama Naim, najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas, dia hanya tunduk terdiam.

Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik. Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik. Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain, dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa. Nisa tunduk, akur dengan kesilapannya. Kini, dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan. Surat pertamanya, surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka. Dia sudah sedar segala-galanya. Surat, hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan. Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, hanya mata hati dapat mengesannya.

Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang, menulis surat terakhir, surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan. Dengan nekad yang kuat di dalam hati, keyakinan yang tinggi terhadap Islam, Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun, ayang sedar satu benda, benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama, kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan. Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh. Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat. Benar kita tidak pernah berjumpa, berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati. Maknanya, dengan hati pun tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya. Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan, membersihkan najis dengan air kencing sendiri. Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor, mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh. Jika kita dijodohkan bersama, Insya Allah, kita akan bersama. Tidak perlu bercouple atau berkenalan, jika Allah nak kita bersama, insya Allah kita bersama.
Percayalah, itu hak Allah. Dia boleh buat apa yang dia suka. Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa, menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim, memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa. Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat, apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang. Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya. Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan. Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.

Surat keramat diletakkan di atas meja Naim, kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki, surat semata-mata. Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini. Tiada lagi air mata, tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.

Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini. Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir, hidayah Tuhan sampai. Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya. Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin, dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin, jika dia menulis surat balas, syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

**tiada kaitan dgn yang hidup mahupun yg telah meninggal dunia**

wssalam...

Monday, 9 April 2012

Oh!!! sahabatku.

   

0h!!! sahabat. . 
sudah sekian lama kita tidak bersua rupa. 
adakah kamu semua ingat pada daku.
aku orang yang sering membuat kamu semua ketawa dan sedih.


    0h!!! sahabat. . 
aku merindui suasana yang telah kita lalui bersama dahulu.
di mana kamu semua menjadi tulang belakang bagi daku.  
kita sama-sama berjanji akan terus bersama-sama untuk selamanya.
  
    0h!!! sahabat.  .
tapi semua itu dulu. 
kini kamu semua telah pergi.
pergi bersama-sama dengan ilmu yang ada dalam diri mu itu. 


    0h!!! sahabat. . 
pergilah kamu semua dengan membina impian yang baru.
bersama kawan yang baru. 
bersama lembaran buku hidupmu yang baru.

    0h!!! sahabat. .
aku hanya mampu berdoa akan kebahgiaan kamu bersama keluargamu.
bersama teman mu, bersama guru-guru mu dan bersama kekasih mu. 
aku yang hina ini akan terus berdoa agar kamu semua berbahagia didunia dan diakhirat. .  . .

Wednesday, 14 March 2012

Seorang Lelaki Bercerita Tentang C.I.N.T.A

   


 CINTA . . . merupakan satu perkara yang wujud dalam diri setiap insan yang digelar manusia .
Cinta ini merupakan satu fitrah bagi manusia , tanpa cinta seseorang itu hidup tanpa ada arah tujunya.
Cinta ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu cinta pada Tuhan, cinta pada manusia dan cinta pada makhluk.

      Cinta pada Tuhan ini bermaksud seseorang insan itu mencintai Sang Pencipta, tanpa ada perasaan cinta pada Allah, seseorang itu tidak mempunyai sebarang pegangan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh sebab itu, Islam amat menekankan akan soal Rukun Iman dan Rukun Islam. Dalam konteks cinta pada Ilahi ini dapat melahirkan insan yang soleh dan solehah. Buktinya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh tauladan yang terbaik bagi semua umat islam sehingga akhir zaman, di sini saya ingin membuktikan apa maksud saya yang sebenar iaitu umat islam wajib berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah supaya tidak sesat dengan kehidupan di dunia yang fana. Oleh yang demikian, cinta pada Allah sebenarnya diletakkan di atas sekali yang melebihi segala-galanya .

      Cinta pada Manusia ini bermaksud seseorang itu mencintai orang lain yang muhrin atau bukan muhrin, dalam konteks muhrin seseorang itu mencintai ahli keluarganya, Cinta pada ahli keluarga boleh di bawa ke syurga Allah, tetapi setiap insan perlu meletakkan cinta pada junjungan besar Nabi Muhammad melebihi cinta pada manusia yang lain. Cinta pada bukan muhrin iaitu cinta pada guru-guru,kawan-kawan dan orang sekeliling. Cinta pada bukan muhrin ini tidak dilarang dalam islam, tetapi ada batasannya, cinta pada guru memyebabkan kita sayang pada guru kita, secara tidak langsung kita menghormati guru kita, cinta pada kawan boleh membawa kita kepada keakraban persahabatan. tetapi cinta pada berlainan jantina ada ulamak mengatakan diharuskan dan ada yang mengatakan haram, terletak pada situasi masing-masing. Cinta pada berlainan jantina itu harus apabila seorang lelaki dan seorang wanita itu mempunyai niat untuk berkahwin, mereka ini merancang untuk membina istana bersama-sama. Tetapi bagi cinta berlainan jantina haram apabila seseorang lelaki dan seseorang wanita bercinta atas dasar ingin memenuhi hawa nasfu dan bercintai sekadar ingin memenuhi masa lapang bersama-sama tanpa merasa bersalah. Buktinya ramai pemuda pemudi yang berpegang tangan, menbonceng motosikal bersama, berdating, bercumbuan, berpeleseran dan perbuatan mungkar ya ng ditegah dalam islam. Mereka telah menyalahgunakan perkataan CINTA itu untuk menghalalkan sesuatu yang haram "jangan samakan yang hak dengan yang batil". Islam melandaskan beberapa syarat untuk mencintai seseorang yang berlainan jantina, oleh itu sebagai seorang mukmin yang sejati perlu peka akan apa yang disarankan oleh  agama islam.

       Cinta pada makhluk iaitu seseorang itu cinta pada alam semulajadi,haiwan dan tumbuhan. Cinta pada makhluk ini dapat melahirkan perasaan balas ehsan terhadap makhluk ciptaan Allah. selain itu, kita dapat mensyukuri nikmat Allah jadikan alam semulajadi ini pada manusia. Hal ini kerana, manusia diciptakan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, manusia diharamkan melakukan kerosakan di muka bumi ini.

       Cinta ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi iaitu mencintai Allah, mencintai Rasulullah, mencintai kedua ibu bapa, mencintai adik- beradik, guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat . Cinta yang paling manis dalam hidup kita ialah cinta selepas kahwin. Cinta ini sukar untuk ditemui sekarang ini. Hal ini kerana, remaja-remaja sekarang ini lebih cenderung untuk bercinta sebelum kahwin. Mereka telah kehilangan nikmat bercinta bersama pasangan yang halal bagi mereka gara-gara telahg meluahkan perkataan "CINTA" pada seorang wanita yang haram baginya sebelum berkahwin. . . . . .. ..




cerita ini hanyalah sekadar bingkisan sahaja. segala salah silap harap diampunkan. yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri .... .... . . . .  . .muhammad faiq mazlan

Tuesday, 13 March 2012

Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah



BISMILAHIRAHMANIRAHIM. . . . 
        Janganlah menyalahkan diri sendiri jikalau anda telah menbuat keputusan yang salah - belajarlah daripadanya. Kebanyakan masa kita membuat keputusan yang ketika itu kita rasakan betul dan jikalau ia akhirnya terbukti salah itu tidak mengapa, janganlah menyalahkan diri kerananya. Kita tidak boleh mengelakkan hakikat bahawa kita mungkin menbuat keputusan betul untuk membetulkan segala-galanya. Oleh itu, marilah kita kembali kepada ALLAH YANG MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG agar kita dapat redar apa yang telah berlaku semua ini adalah kehendak ILAHI . . . . . . .

       Oleh itu, ingin saya berkongsi sebuah cerita  menarik yang telah saya petik dalam sebuah buku bertajuk BERANI GAGAL. . . . .

       Pada suatu masa ada seorang lelaki yang alim lagi soleh yang tinggal di sebuah kampung. Suatu hari seorang gadis kampung telah mengandung hasil perhubungannya dengan teman lelakinya. Oleh itu, kerana takut untuk mendedahkan perbuatan teman lelakinya beliau telah menyalahkan si alim itu apabila ditanya siapa yang bertanggungjawab. Apa? Seorang lelaki Alim yang membuatkan beliau mengandung? Keesokan harinya seluruh penduduk kampung datang dan menunding jari kepada si alim itu. Antara kata-kata mereka ialah : "Bagaimanakah kamu boleh melakukannya?" "Kamu lelaki alim yang keji!" "kamu pembawa aib!" "nyah kamu dari kampung ini!" " sudah lama aku rasakan kamu seorang yang berpura-pura!"


        Setelah mendengarkan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, si alim itu berkata, "Oh, begitukah?", dan kemudiannya berundur masuk kembali untuk bertasbih di dalam pondoknya. Beberapa bulan kemudian akhirnya si gadis itu pun melahirkan anaknya. Kerana terpaksa mencari seorang bapa kepada anak itu, ibu bapa gadis itu dan penduduk kampung sekali lagi pergi ke pondok rahib itu dan mendekatinya dan berkata, "Kamu yang bertanggungjawab, maka kamulah yang seharusnya memelihara anak ini," " kamu hendaklah menjadi bapanya, kalau tidak.  . . . . .. " Sekali lagi lelaki alim itu menjawab, "Oh, begitukah?", dan menatang bayi  itu dan kembali bersamanya ke dalam pondoknya.

        Menjelang waktu itu, si alim itu telah kehilangan nama sebagai jejaka hebat, yang tidaklah begitu merisaukannya sangat, tetapi beliau menjaga anak itu dengan sangat baik sekali. Beliau mendapatkan susu daripada jiran-jirannya dan segala bahan lain yang diperlukan oleh si kecil itu.

         Selepas kira-kira setahun lamanya, setelah merasa begitu malu kerana rasa bersalah serta diiringi perasaan rindu terhadap anaknya, si gadis tadi akhirnya menceritakan kisah sebenarnya kepada kedua orang tuanya. Apabila seluruh penduduk kampung tahu perkara yang sebenarnya. Bayangkanlah perasaan malu yang mereka rasakan. Lalu mereka semua pun berkumpul dan menghampiri si alim itu untuk menyampaikan rasa kesal kepada beliau dan memohon maaf daripadanya. Sekali lagi si alim berkata, "Oh, begitukah?" dan terus memulangkan si anak kecil itu kepada ibunya.

         Saya telah sentiasa mempercayai bahawa jikalau anda benar, seribu malaikat bersumpah mengatakan anda salah pun tidak menjadi hal; tetapu jikalau anda salah, sepuluh ribu malaikat bersumpah mengatakan anda benar pun tidak akan menghasilkan sebarang perbezaan. Bak kata pepatah Melayu, "BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH".












Monday, 12 March 2012

BERANI GAGAL!!!!!!!!

        Alkisah maka tersebutlah pada suatu masa ada seorang lelaki tua yang bijaksana yang tinggal di puncak sebuah gunung (tidak kutahu mengapa tetapi memang menjadi lazimnya bahawa seorang lelaki tua yang bijaksana sepertinya semestinya tinggal di puncak sebuah gunung). Setiap kali penduduk kampung mempunyai sesuatu masalah, mereka akan mendaki gunung itu dan meminta nasihat daripada orang tua tersebut.

         Suatu hari seorang pemuda yang bolehlah dikatakan berjaya mengikut ukuran waktu itu memutuskan untuk mendaki gunung itu dan bertanya kepada orang tua itu suatu soalan.

          "Wahai datuk yang bijaksana", tanya beliau. "Apakah yang membuatkan seseorang itu sebenar-benarnya unggul?"

          Si orang tua itu merenungnya seketika lalu menjawab, "Adakah kamu benar-benar ingin tahu?". "Ya, ya", jawab si pemuda .

          "Baiklah," kata si orang tua. "Benarkanlah aku beritahu kamu melalui sebuah cerita."

          "Alkisah maka tersebutlah pada masa ada seorang berbangsa Greek yang mengidap suatu penyakit yang boleh menbawa maut. Oleh kerana beliau mengetahui yang beliau akan mati dalam sedikit masa sahaja lagi, beliau menjadi orang yang pertama sekali menyertai angkatan tentera apabila negaranya berperang dengan musuh. Dengan harapan untuk mati di medan perang, beliau lalu berjuang, berjuang dan terus berjuang, mendedahkan dirinya kepada bahaya di berisan hadapan tanpa mengendahkan langsung nyawa sendiri. Akhirnya, apabila peperangan itu selesai dengan dimenangi oleh negaranya, beliau masih juga hidup lagi!! Panglima beliau yang begitu kagum dengan keberanian beliau yang telah memberi sumbangan besar terhadap kemenangan mereka memutuskan untuk menaikkan pangjat beliau dan menganugerahkannya dengan pingat keberanian dan kehormatan. Di hari penganugerahan, beliau kelihatan murung  dan bersedih
sahaja. Kerana kehairanan, si panglima bertanya kepada beliau apakah sebenarnya dan diberitahu bahawa beliau menghidap penyakit yang membawa maut. Bagaimanakah Mungkin Dia Membiarkan Seorang Yang Seberani Itu Mati Begitu Sahaja? Lalu si panglima mendapatkan tabib yang terbaik yang dapat dicarinya untuk mengubati pahlawan tersebut sehingga akhirnya beliau sembuh daripada penyakitnya. Namun demikian, terkemudian dari saat itu, si pahlawan yang dahulunya sebegitu berani tidak lagi kelihatan di barisan hadapan!! Beliau akan berusaha sedaya upaya menjauhkan dirinya daripada bahaya dan berusaha sedaya upayanya untuk melindungi nyawanya dan tidak lagi mempertaruhkannya seperti dahulu!"

          "Orang muda, jika kamu ingin menjadi sebenar-benarnya unggul, kamu hendaklah jangan takut
mati, kamu hendaklah jangan takut mati, kamu hendaklah jangan KIA SU (takut kalah/rugi), kamu hendaklah BERANI GAGAL!!!!


dr Muhammad Faiq B Mazlan                                                                   sumber: Buku Berani Gagal